Get Adobe Flash player
Login Pengguna



Laman Utama

Berita Terkini

Terkini
Sekolah
Akademik
Kemanusiaan
Peperiksaan
Perkhidmatan
KPM

BANCIAN KURSUS INDUKSI SMM TAHUN 2010

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar.

Pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk melengkapkan borang status Guru dan Staf Sokongan yang masih belum menghadiri Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) bagi keperluan bancian Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sila muat turun borang bancian di bawah.

Lampiran

Borang Bancian Kursus Induksi

 

INSTRUMEN PEMANTAUAN EMIS PERINGKAT NEGERI JOHOR

Untuk tindakan : GURU DATA SEKOLAH

Sila muat turun untuk tindakan dan rujukan pihak tuan di dalam meningkatkan mutu pengurusan maklumat sekolah.

Lampiran :

Instrumen Pemantauan Audit EMiS Negeri Johor

Terakhir dikemaskini (Isnin, 26 Julai 2010 17:08)

 

UCAPAN TAKZIAH

Warga pendidikan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Encik Mohamad Hassan bin Surif, Guru Besar SK Seri Sekawan Desa yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 22 Mei  2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Semua sekolah diharap dapat menjalankan program al-Abrar.
Sekian, terima kasih.

Terakhir dikemaskini (Isnin, 24 Mei 2010 12:00)

 

SEMAKAN GPS DAN RANKING SEKOLAH MENENGAH

Mulai jam 12 tengah hari, 19 Mei 2010, semua sekolah menengah boleh menyemak GPS UPSR, PMR, SPM, PGNK STPM dan SKOR SKPM serta KEDUDUKAN (RANKING) sekolah masing-masing.

Tarikh akhir sekolah menengah untuk memaklumkan sebarang perubahan GPS UPSR, PMR, SPM, PGNK STPM dan SKOR SKPM serta KEDUDUKAN (RANKING) sekolah masing-masing adalah pada ATAU sebelum 24 Mei 2010 jam 5:30 petang.

Untuk makluman, pihak sekolah WAJIB mengesahkan SEMAKAN wajaran GPS dan Skor SKPM atas talian.

Untuk makluman, mulai 31 Mei – 4 Jun Tuan/Puan adalah dipohon untuk memasuki laman sesawang NKRA-Pendidikan bagi mencetak dan menandatangani perakuan Tawaran Baru. Satu (1) salinan perakuan Tawaran Baru hendaklah dihantar ke PPD masing-masing pada atau sebelum 11 Jun 2010.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 21 Julai 2010 22:15)

 

PENETAPAN HARTA DI BAWAH SUBPERATURAN 10(8) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Batu Pahat.

Surat daripada Jabatan Pelajaran Johor, JPNJ.TT(28)(S)/500-7/1 dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA(S)TT.71/12/1 Jld.6(15) bertarikh 29 Mac 2010 mengenai penetapan harta yang baru melalui P.U.(B)104/2010 iaitu Penetapan Harta Di Bawah Subperaturan 10(8), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 yang berkuatkuasa pada 11 Mac 2010 yang dengan sendirinya menerangkan maksudnya untuk tindakan lanjut pihak tuan.

icon Klik di sini untuk muat turun Surat Edaran daripada JPNJ Mengenai Penetapan Harta Di bawah Subperaturan 10(8) peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatetrtib) 1993 (71.16 kB)

icon Klik di sini untuk muat turun surat edaran dan bahan daripada JPA Mengenai Penetapan Harta di bawah subperaturan-subperaturan 10(8) peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (466.02 kB)

Sekian. Terima Kasih.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 18 Mei 2010 17:40)

 

SELAMAT HARI GURU 2010

 
Julai 2010 Ogos 2010
Mo Tu We Th Fr Sa Su
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
Takwim

Peristiwa baru

Peristiwa seterusnya

Statistik Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini143
mod_vvisit_counterKelmarin711
mod_vvisit_counterMinggu ini2430
mod_vvisit_counterMinggu lepas919
mod_vvisit_counterBulan ini3360
mod_vvisit_counterBulan lepas0
mod_vvisit_counterJumlah116405