Laman Utama Berita Unit Timbalan PPD Batu Pahat TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP KETUA JABATAN YANG LEWAT MENGEMUKAKAN PENGESAHAN DLM PERKHIDMATAN
TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP KETUA JABATAN YANG LEWAT MENGEMUKAKAN PENGESAHAN DLM PERKHIDMATAN
Selasa, 01 September 2009 00:00 | Ditulis oleh Timbalan PPD | | |
TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP KETUA JABATAN YANG LEWAT MENGEMUKAKAN PENGESAHAN DLM PERKHIDMATAN | TPPDKementerian Pelajaran Malaysia mendapati masih terdapat Ketua Jabatan yang lewat memperakukan atau memperakukan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
Bagi memastikan urusan pelaksanaan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan pelanjutan tempoh percubaan dilaksanakan dengan cekap dan teratur, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bercadang mengambil tindakan tatatertib terhadap Ketua Jabatan yang lewat memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan pelanjutan tempoh percubaan dan penamatan perkhidmatan tanpa sebab yang munasabah sepertimana yang dijelaskan oleh Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 4 Tahun 2009. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pekeliling tersebut.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 10 September 2009 15:01)