Logo PPD Batu Pahat

Keterangan Logo PPD
JALUR EMPAT BESERTA ANAK PANAH
Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memertabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia
BULAN DAN PECAHAN 14 BINTANG
Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi
PENGERTIAN WARNA
Warna Biru Tua (berjalur empat)
Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu
Warna Biru Muda (rupa buku)
Pendidikan yang berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi
Warna Kuning (Bulan dan Bintang)
Negara Malaysia yang berdaulat
PENCIPTA LOGO
Encik Mohd Nadzri Bin Hj Ab. Wahab, AMP.
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut Pahang
Profil PPD