Get Adobe Flash player
Laman Utama Al-Abrar Pengenalan

Pengenalan

TAJUK AKTIVITI                 :  PROGRAM AL-ABRAR WARGA  PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT.

TERAS PIPP                        : MEMBINA NEGARA BANGSA

MATLAMAT STRATEGIK      : MELAHIRKAN  SUMBER MANUSIA YANG PRIHATIN DAN BERKUALITI

PENGENALAN

  • Ø Sebagai satu wadah atau saluran kepada  semua warga Pendidikan Daerah Batu pahat untuk menyatakan rasa  simpati dan keperihatinan terhadap ahli keluarga yang meninggal dunia.
  • Ø Al -Abrar juga merupakan program  penghargaan dan pengiktirafan bagi mengenang jasa warga pendidikan semasa hidup mereka.

MATLAMAT                       

  • Ø Memberi pengiktirafan dan penghargaan serta mengenang jasa warga pendidikan daerah Batu Pahat yang meninggal dunia.
  • Ø Memberi sumbangan berbentuk kewangan atau bacaan Al-Fatihah bagi penganut yang beragama Islam.

 

RASIONAL          

  • Ø  Mengangkat martabat warga pendidikan daerah di mata masyarakat sebagai seorang insan  yang pernah menabur bakti dan berkhidmat untuk anak bangsa dan negara.
  • Ø Menyatakan simpati dan memberi sumbangan kepada ahli keluarganya bagi mengurangkan tekanan kerana kehilangan orang yang dikasihi 
  • Ø Menyebarkan berita kematian ke seluruh daerah dan merasakan kehilangannya .Untuk setiap al-marhum  yang beragama Islam puluhan warga murid, guru di daerah ini dapat menghadiahkan Fatihah kepadanya.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 22 September 2010 12:03)

 


Gravatar
neyna (01.09.2011 (14:31:32))
Yes No salam.
saya ingin bertanya mengenai pengambilan guru gstt.adakah ia dibuka sepanjang tahun?bagaimana cara untuk memohon?sekian terima kasih
Quote


1000 Characters left

Antispam Refresh image Case sensitive